fotonatics: Isteri Jimmy Shanley mengandung anak luar nikah?

Isteri Jimmy Shanley mengandung anak luar nikah?

8 Mei – Pengacara dan aktor, Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah bahawa isterinya Nursuhaila Elaini Suhaimy mengakui mengandung anak luar nikah dan mengugut untuk mengugurkan kandungannya itu jika anak yang dikandung itu kepunyaan Jimmy.
Dipetik daripada Sinar Harian, Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh memberitahu isterinya membuat pengakuan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) pada 24 Januari 2011 yang lalu selepas dia menegur isterinya yang didapati masih berjudi.
Ketika disoal peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, pelakon berusia 31 tahun ini berkata, pengakuan daripada isterinya itulah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
Pesanan ringkas tersebut turut memberitahu bahawa anak yang dikandungkan oleh Suhaila adalah anak luar nikah, turut disebutkan ketika prosiding berjalan adalah pesanan ringkas yang berbaur ugutan.
"Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.
"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab menjawab anak tersebut adalah anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membaca SMS isterinya di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.
Ujar Jimmy, dia sudah banyak kali menegur isterinya berhubung perkawinan mereka, namun ia tidak dipedulikan, malah Nursuhaila pernah bertindak menghilangkan diri selama 16 hari sebagai protes selepas ditegur oleh bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.
Sementara itu, ketika prosiding Jimmy telah mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
Menurut Jimmy, isterinya telah mungkir janji sebelum berkahwin iaitu berjudi semula, menghilangkan diri selama 16 hari, bercuti di China tanpa izinnya, mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai anak luar nikah dan mengugut mahu mengugurkan kandungan jika mengandungkan anak Jimmy.
Prosiding perbicaraan akan bersambung 14 Mei ini untuk sesi soal balas.

---------------
Source: Yahoo..

No comments:

Post a Comment

Copyright © fotonatics Urang-kurai